WELCOME TO MY STORIES LIFE (UNOFFICIAL)

My Long Life Vacation!

Sunday, April 24, 2011

PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH.



Menurut salah sebuah intitusi Jepun yang melakukan kajian pada jenis darah, ada ciri-ciri keperibadian tertentu yang tampaknya berpadanan dengan jenis darah tertentu. Bagaimana anda menilainya?










TYPE O
Anda ingin menjadi pemimpin, dan ketika anda melihat sesuatu yang anda inginkan, anda tetap berusaha sampai anda mencapai tujuan anda. Anda adalah trend-setter, setia, bersemangat, dan percaya pada diri. kelemahan anda termasuk kesombongan dan iri hati serta kecenderungan untuk menjadi terlalu kompetitif.

TYPE A
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Anda mampu bekerja baik dengan orang lain, peka, sabar dan memenuhi nilai kasih sayang. Di antara kelemahan anda adalah keras kepala dan ketidakmampuan untuk berehat.



TYPE B
Anda seorang individu yang kasar, terutama kepada orang lain yang cuba menentang malah lebih suka melakukan hal-hal dengan cara anda tersendiri. Kreatif dan fleksibel, anda mudah menyesuaikan diri dengan situasi apapun. Tetapi kesukaran untuk mencari kebebasan  adalah menjadi kelemahan.





TYPE AB
Anda seorang yang tenang dan mampu mengawal keadaan, anda biasanya disukai oleh ramai orang dan selalu membuatkan orang lain rasa selesa terhadap diri anda. Sifat penghibur, bijaksana dan adil juga menjadi satu kelebihan dalam diri anda.. Tetapi, anda juga seorang yang angkuh, degil dan sentiasa mengalami kesukaran dalam membuat keputusan.



10 SIFAT WANITA YANG PERLU LELAKI FAHAMI.




KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?



Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.


* SENSITIF

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.


* CEREWET

Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.


* HALUS

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.


* IKHLAS

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.


* PERASAAN

Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


* PRIHATIN

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.


* MANJA

Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.


* EGO

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


* CINTA

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!


* SEKS


Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.




Soalan : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?

Saturday, October 16, 2010

Reflections for all of us...


Life is like the dice that, falling, still show a different face. So life, though it remains the same, is always presenting different aspects.One way to get the most out of life is to look upon it as an adventure..Please don't give up!

Blog Archive